Undi Cina masih bersama PR


Gambar: Ahmad Kassim

ALOR SETAR – Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Kassim menyifatkan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang meramalkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan selepas Tahun Baru Cina adalah ‘merapu’.

Ahmad Kassim berkata, kenyataan Ibrahim Ali hanya bersifatkan ritorik semata-mata kerana dia hanya ingin bodek, memujuk dan memuji Perdana Menteri supaya dikekalkan sebagai calon Umno dalam PRU-13.

“Berdasarkan kajian, temuduga dan maklumat yang diperolehi, kita dapati undi Cina masih bersama Pakatan Rakyat (PR) dan makin bertambah.

“Sebab itu lah, Ibrahim Ali meramalkan PRU-13 mungkin diadakan selepas Tahun Baru Cina bertujuan untuk meraih undi dari masyarakat Cina sebab Umno dan Barisan Nasional (BN) takut,” katanya.

Katanya, dulu Ibrahim Ali juga pernah menyuarakan pendapat kepada PM supaya PRU-13 diadakan secepat mungkin dan jangan takut dengan desakan pihak pembangkang.

“Walhal hari ini, kita lihat dia meramalkan PRU-13 akan diadakan selepas Tahun Baru Cina pula. Kenyataan dia hanya merapu dan melambangkan Presiden Perkasa ini seorang yang tidak sabar dan berbagai.

“Dia ni cuma nak godek PM saja supaya dikekalkan sebagai calon di Parlimen Pasir Mas dalam PRU-13 selepas dia menang atas tiket Pas pada Mac 2008 sebelum mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas,” katanya.

Menurutnya, pendapat Ibrahim Ali yang mengatakan PRU-13 tidak perlu diadakan tergesa-gesa kerana fokus PM terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai adalah tidak munasabah.

“Memang banyak perkara yang tidak diselesaikan oleh PM dan sehingga tiba tarikh PRU pun perkara itu tidak akan selesai seperti belanjawan negara, harga barang mahal, politik dan masalah dalaman Umno sendiri yang tidak selesai.

“Sepatutnya, kalau tempoh dia dah nak habis, dia kena buat la,” katanya.

Terdahulu, sebuah laman sesawang melaporkan, Ibrahim Ali meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan PRU-13 selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakant cina kepada BN.


Menurut laporan itu, parti pemerintah hilang hampir semua undi dari masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina mereka sendiri seperti MCA dan Gerakan kalah di kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN).


“Sekarang pula, Najib benar-benar fokus untuk memenangi undi masyarakat Cina, sudah tentulah perayaan Tahun Baru Cina boleh dimanfaatkan dengan pelbagai program seperti rumah terbuka dan sebagainya jadi dalam bulan dualah.


“Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013,” katanya.

Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.

“Tidak ada keperluan untuk Najib mengadakan PRU tergesa-gesa pada bulan November kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan