Bajet 2013 Ibarat Panadol


ALOR SETAR - Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Kassim menyifatkan perbentangan bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini seperti ubat panadol.

Katanya, bajet 2013 yang dibentangkan itu hanyalah bajet populis bersifatkan mikro ibarat ubat panadol untuk sementara waktu sahaja.

“Bajet kali ini nampak sangat untuk pilihan raya umum (PRU) dan hanya penyembuh untuk masa pendek.

“Tak ada pun peruntukan untuk wujudkan projek-projek berdaya saing. Hanya peruntukan sebanyak RM49.7 bilion atau 20 peratus sahaja untuk pembangunan.

“Ini jelas untuk tahun akan datang tidak ada pembangunan yang dilakukan kerajaan. Ini hanya untuk tarik undi.

“Cuba kita lihat, kenapa beliau sanggup bagi pelbagai insentif dan sumbangan, tetapi untuk pembangunan sedikit sahaja. Ini jelas menunjukan bajet 2013 hanya untuk tarik undi dalam PRU,” katanya kepada Media Wahana, semalam.

Ahmad Kassim berkata, kadang-kadang tidak munasabah juga pemberian RM250 bagi seorang individu bujang berumur 21 tahun keatas bergaji tidak lebih RM2,000 seolah-olah boleh buat segalanya dengan jumlah itu dalam setahun.

“Jika dibandingkan dengan bajet Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat menyeluruh dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat.

“Contohnya kalau harga kereta turun, sesiapa sahaja boleh beli sebab dia melibatkan semua orang awam. Penurunan harga minyak juga akan memberi kesan positif kepada semua rakyat.

“Ini jelas menunjukan bajet PR jauh lebih baik berbanding bajet 2013 yang diumumkan Najib,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan