'Dibenarkan selagi tidak lari dari landasan ajaran Islam'
ALOR SETAR
–Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengatakan bahawa khatib dibenarkan membaca
khutbah Jumaat berunsur politik.
Pengarah
JAIK, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia
tidak lari dari landasan ajaran Islam.
“Kalau
politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa.
Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan
kerana boleh menimbulkan kekacauan,” kata kepada Media Wahana.
Beliau
mengatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib
yang membaca khutbah jumaat berunsur politik baru-baru ini.
“Difahamkan,
khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat
pentauliahan daripada JAIK. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib
jemputan.
“Bagaimanapun,
JAIK masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu,” katanya.
'Boleh dikenakan tindakan tatatertib'
Noh berkata,
sekiranya imam yang dilantik JAIK membuat kesalahan atau membaca teks khutbah
berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Walaubagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.
Berhubung
insiden yang berlaku, JAIK akan lakukan siasatan terlebih dahulu sebelum
apa-apa tindakan diambil kepada khatib tersebut kerana masih belum mendapat
laporan penuh.
“Lagi pun,
belum ada mana-mana anak qaryah yang datang berjumpa saya untuk melaporkan
kejadian yang berlaku dalam masjid berkenaan,” jelasnya.
Menurutnya,
kes yang sering berlaku ini adalah kes yang terpinggir berikutan kelewatan buku
khutbah Jumaat dihantar.
“Walaupun
begitu, khatib dibolehkan membaca teks khutbah yang lama sementara menunggu
buku yang baru diterima kerana isi kandungan teks adalah lebih kurang sama.
“Lagi pun,
sekarang ini adalah musim haji. Khatib boleh baca teks yang lama dahulu,”
katanya.
Terdahulu sebuah akhbar harian melaporkan, salah seorang jemaah kesal dengan tindakan khatib
jemputan yang mengaitkan isu politik sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di
Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, baru-baru ini.
'Khuatir menimbulkan pecah belah'
'Khuatir menimbulkan pecah belah'
Menurut
laporan itu, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah,
Zamil Ibrahim berkata, beliau khuatir disebabkan tindakan berkenaan akan
menimbulkan pecah belah di kalangan jemaah masjid.
“Ada juga di
kalangan jemaah masjid yang hadir mengeluh, menggelengkan kepala kerana tidak
menyangka khatib akan berceramah mengenai isu politik termasuk kejadian balin
gkasut di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, di sini, serta calon pilihan
raya umum ke-13 (PRU-13).
“Paling saya
terkilan kerana khutbah yang disampaikan tidak merujuk kepada teks disediakan
tetapi khatib berceramah mengikut cara sendiri,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan