Pesara Tentera Ditemui Mati Terapung


Gambar: Mayat ditemui terapung

SHAH ALAM- Seorang pesara tentera Amir Muslim, 44, ditemui mati
dipercayai tergelincir ketika memancing di kawasan lombong berdekatan
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa
dijumpai orang awam terapung dalam lombong pada jam 8 pagi.

“Menurut saksi, mangsa yang berasal dari kampung Nahkoda, Batu Caves
sering memancing ikan dikawasan tersebut.

“Walau bagaimanapun, mangsa dipercayai terjatuh ke tempat dalam sehingga lemas.

“Siasatan awal unit Forensik Polis mendapati tiada kecederaan yang
mencurigakan pada mayat.

“Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dan kes dikategorikan sebagai mati
mengejut,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :