Tempoh Tahanan Suspek Culik Guru Dilanjutkan

SHAH ALAM – Tempoh tahanan reman terhadap seorang lelaki yang
mempunyai kaitan dengan kejadian samun dan culik seorang guru wanita,
dilanjutkan sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata,
suspek, berusia 48 tahun itu, masih diperlukan untuk melengkapkan
kertas siasatan.

Dalam kejadian 6 Jun lalu, mangsa, Teoh Soo Kim, 51, diculik dan
disamun dua lelaki selepas kereta dipandunya dilanggar dari belakang
ketika keluar dari rumah untuk bersenam bersama rakannya di Taman
Rekreasi Bukit Jalil, kira-kira jam 7.30 pagi.

Suspek memaksa guru tersebut memberikan nombor pin kad ATM bagi
membolehkan mereka mengeluarkan wang RM 1,600 yang terdapat dalam
akaun mangsa.

Kereta Proton Saga Biru milik mangsa turut dilarikan suspek sebelum
menetak kepala mangsa tiga kali.

Mangsa yang tidak sedarkan diri ditemui seorang pekerja di sebuah
ladang kelapa sawit, 12 kilometer dari Kuala Selangor, kira-kira jam
11.30 pagi, keesokan harinya.

Suspek diberkas di Taman Farlim, Ipoh, Perak selepas polis mengedarkan
gambar yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di
sebuah stesen minyak di Taman Puncak Jalil.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan