Lelaki Maut Ditetak Parang



SHAH ALAM- Seorang pemilik kedai besi buruk maut setelah ditetak sekumpulan lelaki di premis perniagaannya di Taman Wilayah, Jinjang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, mangsa R Sivanesan, 36, telah diserang dan ditikam oleh sekumpulan lelaki yang menaiki empat buah kereta.

“ketika kejadian, mangsa bersama tiga orang pekerjanya berada di premis sebelum didatangi sekumpulan lelaki bertopeng.

“Tiga hingga empat orang suspek bersenjatakan parang terus mengejar dan menetak kepala mangsa sebelum meloloskan diri.

“Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

“Motif kejadian berkemungkinan dendam atau saingan dalam perniagaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Setakat ini, Polis telah berjaya menahan seorang suspek berumur 35 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan