Servis Percuma Sempena 'Kempen Servis SYM'


Gambar: Pembantu Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Aerdy Herman (duduk kanan) membuat pendaftaran pemilik motosikal SYM sebelum servis dijalankan

Nibong Tebal, Pulau Pinang-


Lebih 30 buah motosikal jenama SYM (Sanyang Motor) pelbagai jenis telah menghadiri program 'Kempen Servis SYM' secara percuma yang telah diadakan di kedai wakil pengedar motosikal SYM Super-Rider Motor, Nibong Tebal baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama sehari itu juga turut mendapat reaksi dan sambutan dari pemilik motosikal pelbagai bangsa dan agama.

Para pemilik motosikal jenama SYM juga berpeluang untuk medapatkan tawaran potongan harga sehingga 25% (peratus) dan cenderahati berupa sehelai baju-T SYM dan Pen.


Gambar: Tawaran harga istimewa sempena 'Kempen Servis SYM' sahaja.


Gambar: Suasana di hari 'Kempen Servis SYM' dekat Nibong Tebal.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan