Kempen Servis SYM Dapat Sambutan


Gambar: Jurutera SYM sedang membaik pulih motosikal Bonus110.

Gurun, Kedah-


Syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan satu program 'Kempen Servis SYM' secara percuma mulai 26 hingga 31 mac yang lalu.

Program yang berlangsung selama lima hari itu telah diadakan di SLM Marketing Sdn Bhd, Sik Kedah, UA Motor Sdn Bhd, Kangar Perlis, Bikers Galery Sdn Bhd, Alor Setar Kedah dan Thye Seng Motor, Gurun Kedah.

Lebih 100 buah motosikal jenama SYM telah hadir pada program tersebut untuk mendapatkan servis percuma dan diskaun alat ganti sehingga 25% (peratus).


Gambar: Suasana di Thye Seng Motor, Gurun, Kedah.

Keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada setiap pengguna dan pemilik motosikal jenama SYM sahaja.

Disamping itu, setiap pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk pandu uji motosikal terbaru SYM seperti Joyride, Mio100 dan Symphony 150SR.


Gambar: Motosikal pandu uji (dari kiri) Joyride, Mio100 dan Symphony 150SR.

Keceriaan program bertambah berkesan dengan khidmat nasihat pakar jurutera SYM tentang penjagaan motosikal dengan baik.

Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan cenderahati daripada SYM.


Gambar: Pengurus Bahagian Perkhidmatan SYM, Asri Ahmad (kiri) menunjukan minyak 'Rock Oil' yang sesuai digunakan untuk motosikal SYM.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan