Promosi

Promosi
Kelab SYM Skuter Sertai Rakan Cop



Kangar, Perlis-


Seramai 20 orang ahli dari Kelab SYM Skuter telah mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop sempena Majlis Pelancaran kelab tersebut di UA Motor Sdn Bhd dekat Taman Cahaya, Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supertenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang ingin mendaftar sebagai Rakan Cop bagi sama-sama mengembleng tenaga mengurangkan kadar jenayah.

"Pendaftaran mereka sebagai Rakan Cop sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis dalam melaporkan kejadian jenayah di persekitaran mereka." Katanya.

Tiada ulasan