Marshall Rela Iring Konvoi SYM


Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan di perkarangan Central Square, Sungai Petani

Bukit Mertajam
, Pulau Pinang-

Sebanyak 15 buah motosikal skuter jenama SYM (Sanyang Motor) telah mengadakan konvoi 'Promosi Produk SYM' dari Pulau Pinang ke Kedah.

Konvoi anjuran Media Wahana mendapat tajaan penuh oleh Syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang juga merupakan pengeluar motosikal jenama SYM di Malaysia.


Gambar: Peserta konvoi berkumpul di perkarangan MFroce Bike Holdings Sdn Bhd

Konvoi dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai produk motosikal SYM oleh Eksekutif Pemasaran SYM, Kua Wai Seng di bilik persidangan selama 30 minit.

Tepat jam 11.30pagi, semua peserta konvoi diberi taklimat penting mengenai cara berkonvoi yang selamat dan keselamatan jalan raya yang harus di utamakan oleh wakil pasukan Marshall Rela yang dimintak untuk mengiringi konvoi dengan selamat.


Gambar: Peserta konvoi mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai produk motosikal SYM

Masing-masing menggunakan motosikal SYM pelbagai kapasiti enjin yang berbeza antaranya mio100, Symphony 150SR, VTS200 dan Evo 250i.

Perjalanan yang mengambil masa lebih lima jam itu turut singgah dibeberapa tempat untuk mengedar risalah produk motosikal SYM dan mempamerkan motosikal SYM kepada orang ramai.


Gambar: peserta konvoi menyampaikan risalah produk motosikal SYM kepada orang ramai

Antara tempat-tempat yang di singgah ialah Medan Selera Maklom Sungai Dua, Kompleks Dato' Kailan Kepala Batas, Masjid Bakar Arang Sungai Petani, Tesco Lagenda Height Sungai Petani dan Central Square Sungai Petani.

Disamping itu, setiap risalah yang diedar turut menampilkan gambar Penyerang Skuad Kebangsaan Harimau Malaya, Safee Sali yang juga merupakan duta produk SYM.


Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan di perkarangan Tesco Lagenda Height, Sungai Petani

Akibat keadaan cuaca yang kerap hujan, peserta konvoi terpaksa berhenti beberapa minit di kawasan berhampiran untuk berteduh.

Walaupun begitu, keselamatan peserta konvoi sentiasa terjaga oleh pasukan Marshall Rela yang ditugaskan untuk mengiringi pasukan konvoi

Semua peserta konvoi selamat tiba di kilang SYM dekat Alma, Bukit Mertajam jam 6.30 petang.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan