3,117 Sertai Rakan Cop Bantu Polis Banteras Jenayah


Gambar: Abdul Rahman Mohd. Noordin dan Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Pallmon Neoh K.B bersama ahli Persatuan SYM Scooter Club menunjukkan isyarat 1Malaysia di Kangar, Perlis.

Kangar, Perlis-

Sebanyak 3,117 orang di negeri ini menjadi ahli Rakan Cop dalam usaha membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras jenayah di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, ini menunjukkan kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk membantu pihak polis dengan menyertai Rakan Cop.

''PDRM juga mengalu-alukan penyertaan agensi kerajaan mahu pun swasta yang berminat menjalankan program yang boleh menarik minat rakyat untuk mendaftar sebagai Rakan Cop," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut yang diadakan di Taman Cahaya, Utan Aji baru-baru ini.

Beliau berkata, ia termasuk usaha Persatuan Sym Scooter Club (UA Motor Sdn. Bhd.) yang bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk menganjurkan program Bersama Membanteras Jenayah.

Katanya, secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada ahli persatuan menjadi ahli Rakan Cop.

''Setakat ini sudah lebih 20 ahli persatuan mendaftar sebagai ahli baru Rakan Cop," katanya.

Abdul Rahman juga berharap pengunjung yang datang ke program itu berminat untuk mendaftar sebagai Rakan Cop.

Pada majlis itu, selain diadakan kaunter untuk menjadi ahli Rakan Cop juga diadakan beberapa pertandingan seperti skuter cantik, skuter lambat dan teka jumlah ikan dalam balang.


Sumber: Utusan Online

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan