Lebih 600 SYM Sertai 'Gempaq Bandaraya Pulau Pinang Bersama SYM dan PDRM'


Gambar: Perasmian pelepasan peserta konvoi oleh Ketua Polis Trafik Pulau Pinang, Wan Aziz Wan Hussin, Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah, Pengurus SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, pemilik kedai Kent-Win Motor, T.T. Lim dan Pengarah kedai 77 Motor, May Law.

Georgetown - Lebih 600 buah motosikal jenama SYM (Sanyang Motor) dari seluruh semenanjung Malaysia telah berjaya mengadakan konvoi mengelilingi Pulau Mutiara selama dua jam.

Konvoi yang bermula dari Pasar Raya Giant Bayan Baru telah berakhir di Sekolah Han Chiang sebelum berhenti seketika di Padang Kota Lama untuk mengedar risalah produk motosikal SYM dan risalah cegah jenayah kepada orang ramai.


Orang ramai serta pelancong luar yang melihat konvoi jentera SYM turut melambai tangan dan merakam gambar ketika peserta konvoi melalui kawasan persisiran pantai Queensbay, Komtar dan persisiran pantai Gurney.

Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Supt Wan Aziz Wan Hussin ketika ditemui berkata, program 'Gempaq Bandaraya Pulau Pinang Bersama SYM dan PDRM' merupakan satu tindakan yang positif dalam membantu menanggani jenayah di Pulau Pinang.



Gambar: Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Ketua Polis Trafik Pulau Pinang, Wan Aziz Wan Hussin.

"Selain penggunaan jentera SYM yang mudah di selenggara, ia juga terbukti menjimatkan minyak dan menjadi pilihan orang ramai tanpa mengira pangkat dan umur.

"Ia secara tidak langsung dapat membantu pihak PDRM dalam membanteras samseng jalanan secara habis-habisan.


"Saya tidak akan memberi muka kepada samseng jalanan ini kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah membahayakan keselamatan orang ramai dan membuatkan orang awam menjadi takut untuk berada di tempat awam.
" Tegasnya.


Gambar: Jentera SYM pelbagai kapasiti enjin turut mengambil bahagian.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang PDRM hanya menggunakan motosikal yang dibekalkan oleh pihak atasan untuk digunakan semasa rondaan.

"Mungkin pada masa hadapan kita akan menggunakan motosikal jenama SYM semasa rondaan kerana ia mempunyai pelbagai teknolgi yang canggih serta mudah diselenggara selain penjimatan minyak yang memuaskan pengguna." Jelasnya.


Gambar: Pemilik SYM (kiri) menyampaikan risalah cegah jenayah kepada pelancong luar di Padang Kota Lama.

Katanya lagi, pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai masalah jenayah seperti dibuli, diugut dan sebagainya juga harus melaporkan perkara tersebut kepada Balai Polis yang berhampiran.

"Jangan biarkan nasi sudah menjadi bubur baru nak bertindak." Tegasnya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :

  1. Tahniah kepada semua pemilik motorsikal SYM yg menyertai Gempaq Penang 2012....Terima Kasih kepada KentWin Motor,77 Motor dan MForce kerana penganjuran Gempaq Penang...Memang Gempaq...

    BalasPadam