Kent-Win Motor Tumpuan Pemilik Jentera SYM Seluruh Malaysia


Gambar: Kedai Kent-Win Motor di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Georgetown-

Kedai Kent-Win Motor di Bayan Baru telah menjadi tumpuan orang ramai khususnya peserta-peserta konvoi dari seluruh semenanjung Malaysia untuk berkumpul mendapatkan T-Shirt, Pelekat dan sesi suai kenal antara satu sama lain.

Program yang dianjurkan oleh Kent-Win Motor, 77 Motor dan MForce Bike Holdings Sdn Bhd merupakan satu aktiviti yang amat bersejarah dalam Malaysia kerana telah berjaya mengumpulkan semua pemilik jentera SYM di semenanjung Malaysia untuk berkonvoi mengelilingi Pulau Pinang.


Gambar: Pemilik Kedai Kent-Win Motor, T.T.Lim (kiri) bergambar kenangan bersama Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah (kanan).

Sementara itu, pemilik kedai Kent-Win Motor, T.T.Lim ketika ditemui berkata, ia merupakan satu program yang amat bermakna dan bersejarah.

"Konvoi sejauh hampir 30 kilometer (KM) mengelilingi Pulau Pinang tidak akan berjaya tanpa bantuan Polis Trafik yang cekap dan Pantas untuk mengawal lalu lintas.

"Saya amat berbangga kerana impian saya untuk mengumpul semua pemilik jentera SYM di seluruh Malaysia akhirnya tercapai dengan kerjasama oleh pemilik motosikal SYM sendiri." Katanya.


Gambar: Pengerusi Kelab Otai SYM Bikers (OSB), Aziz Yahya (kiri) sedang beramah mesra bersama Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah (kanan) di kedai Kent-Win Motor.

SUASANA DI KENT-WIN MOTOR, BAYAN BARU


Gambar: Peserta konvoi SYM sedang melekat pelekat 'GempaQ Bandaraya Pulau Pinang Bersama SYM' di motosikal miliknya.


Gambar: Pemilik motosikal SYM dari pelbagai negeri semenanjung Malaysia berkumpul di kedai Kent-Win Motor.


Gambar: Sebahagian peserta konvoi mendapatkan T-Shirt seragam Konvoi SYM.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 Komen :

  1. spare part di kelantan mana bro sym

    BalasPadam
  2. http://roslisulaiman722.blogspot.com/search/label/laos

    BalasPadam
  3. nak tahu kedai spare part moto sym utk semua model dimana?

    BalasPadam