SK Mak Mandin Sertai Pertandingan Tarian Tradisional Buat Pertama Kali


Gambar: Peserta Tarian Tradisional SK Mak Mandin bergambar kenangan bersama guru pengiring.
Pulau Pinang-

Festival pertandingan Tarian Tradisional peringkat sekolah rendah dan menengah telah diadakan di auditorium Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah baru-baru ini.

Keistimewaan pertandingan ini ialah penyertaan oleh sekolah jenis kebangsaan tamil dan cina yang tampil menunjukkan tarian tradisional kaum masing-masing.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini juga telah berjaya memberi peluang kepada bakat-bakat cilik untuk mempamerkan kemampuan mereka dalam mengenengahkan pusaka bangsa ini.


Gambar: Gelagat persembahan peserta lelaki.

Salah sebuah kumpulan yang ditemui semasa majlis tersebut ialah kumpulan tarian tradisional dari Sekolah Kebangsaan Mak Mandin, Butterworth.

Walaupun penyertaan mereka dalam pertandingan ini merupakan kali yang pertama, namun sikap kesungguhan dan minat para peserta telah memberi persembahan yang amat menarik.

Keunikan kumpulan ini ialah turut disertai oleh seorang pelajar keturunan India yang menarikan tarian tradisional yang dipersembahkan bersama pelajar-pelajar berbangsa Melayu.

Muhammad Mu'ammar Mohd Ali, 10, yang ditemui turut menyatakan pertandingan yang julung-julung kali disertainya ini bukan saja mendedahkan kesenian tarian tersebut, sebaliknya memberi peluang kepada beliau untuk memberanikan diri berada di atas pentas menghadapi orang ramai.


Gambar: Kelembutan tarian tradisional peserta perempuan dari SK Mak Mandin.

"Pada mulanya, saya berasa agak gentar juga, namun setelah melihat rakan-rakan lain berjaya berada di sana tanpa ada rasa gentar dan takut, maka saya juga beranikan diri.Akhirnya berjaya untuk mengharungi ujian tersebut, " katanya lagi.

Manakala seorang lagi pelajar perempuan yang ditemui, Miza Azhar pula berkata, apa yang didedahkan dalam pertandingan tersebut amat berharga kerana ia memberi satu perkara baru dalam diri beliau sebagai seorang pelajar.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan