Promosi

Promosi
Farid Kamil Lakon Filem PE3 Di Pulau Pinang



Setelah penglibatan Farid Kamil dalam sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan nama kumpulan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3) di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau kini melibatkan diri pula dalam sebuah filem komedi aksi PE3 (Pelan Ke 3) yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

PE3 merupakan cerita tentang sekumpulan penjenayah berprofil tinggi, diketuai oleh Megat (Farid Kamil) yang melakukan rompakan, pemalsuan kad kredit dan pencurian kereta mewah di sekitar Pulau Pinang.

Filem Metrowealth Picture turut mempersembahkan lakonan Diana Amir, Kamal Adli dan banyak lagi.

1 ulasan

  1. kita sama2 org kedah,yg bab rahsia2 tu jgn buka sgt ok..taniah buat hang..

    BalasPadam