9 Wanita Seksi Korea Akan Gegar Malaysia



Kumpulan
K-Pop terkenal Korea, Girls Generation membuktikan kehebatan beraksi di pentas apabila berjaya menarik 20,000 peminat menyaksikan persembahan mereka.

Semasa konsert pada 24 Julai lalu kumpulan ini menyampaikan 32 lagu sambil menukar persalinan sebanyak tujuh kali dalam masa tiga jam persembahan.


Persembahan di Seoul itu sebahagian daripada konsert bergerak kumpulan ini di Asia Tenggara termasuk Singapura.


Sementara itu, berita gembira buat peminat Girls Generation di Malaysia kerana kumpulan ini akan mengadakan persembahan mereka pada Februari tahun depan.


Inilah julung kalinya kumpulan sembilan wanita jelita dan seksi ini mengadakan konsert di sini.

Ini telah disahkan penganjurnya, Running Into The Sun (RITS) yang bertanggungjawab menganjurkan Super Junior - Super Show 3 di Singapore Indoor Stadium, 10 September lalu.


Buat peminat Girls Generation yang semakin ramai di Malaysia, inilah masanya mereka berpeluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert ini yang mula dijual hujung tahun ini.


Kumpulan ini mula menggegar dunia dengan tarian dan nyanyian yang aktif dan bertenaga sehingga menjadi ikutan ramai peminat di seluruh dunia.


Ahli kumpulan ini terdiri daripada Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun.

Di luar negara, mereka digelar SNSD, singkatan daripada ‘So Nyuh Shi Dae’.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan