SYM Pengeluar Motosikal Mesra Alam

Bukit Mertajam - Industri permotoran memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi negara bagi menyediakan produk motosikal yang berkualiti kepada pengguna khususnya di Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan membangun.

Sebagai sebuah syarikat permotoran yang masih baru bertapak di Malaysia sejak empat tahun yang lalu, Sanyang Motor (SYM) sentiasa mengambil berat terhadap produk yang dibeli pengguna selain menyediakan pelbagai tajaan kepada Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan sebagainya untuk mengadakan aktiviti.
SYM merupakan jenama motosikal yang tidak asing lagi setelah 61 tahun penubuhannya di Taiwan dengan pelbagai produk khususnya motosikal skuter. 
Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, ketika ditemui berkata syarikatnya kini mempunyai 160 pengedar motosikal SYM diseluruh Malaysia. Setelah sekian lama penubuhannya, SYM mempunyai wakil pengedar motosikal terbesar di Pulau Pinang iaitu Mega Fortune yang terletak berhampiran Pasaraya Mega Mall, dekat Prai. 
“Sebagai seorang Pengurus, saya sentiasa mengutamakan kualiti produk dan mementingkan tanggungjawab pekerja. Disamping itu, saya sering mengadakan perbincangan bersama pekerja lain agar dapat bertukar pendapat dan cadangan untuk membuat penambahbaikan terhadap produk motosikal SYM di masa depan.
“Rutin harian yang dijalankan ini secara tidak langsung juga dapat mengetahui setiap masalah yag dihadapi pekerja.
“Justeru itu, saya akan pastikan setiap pembeli motosikal SYM akan mendapat keuntungan apabila menggunakannya. Contohnya, SYM akan memberikan perkhidmatan ‘service’ motosikal secara percuma selama setahun. 
“Penggunaan teknologi pemasangan motosikal secara ‘semi-auto’ telah menjayakan SYM dibawah Syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd untuk mengeluarkan lima ratus buah motosikal sebulan.

“Sehingga kini, SYM telah berjaya mengeluarkan lima jenis motosikal yang mempunyai kapasiti engine yang berbeza sesuai di tunggang untuk apa jua jenis situasi dan keadaan. Antaranya ialah Bonus110, Symphony SR150, VTS200, Symphony Evo250i dan yang terbaru skuter Mio100 yang menggabungkan ciri-ciri motosikal klasik dan moden.” Jelasnya. 
CEO Syarikat SYM, Tan Lean Heah, ketika ditemui turut menjelaskan bahawa motosikal SYM adalah berkonsepkan mesra alam dan mengutamakan penjimatan minyak petrol. 

Buktinya produk terbaru SYM Mio100 hanya menggunakan empat sen untuk perjalanan sejauh satu kilometer.
“Setiap motosikal skuter SYM amat selamat digunakan kerana ia memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna yang dapat mengelakkan kejadian ragut, rompak, dan kemalangan ngeri yang mampu meragut nyawa penunggang dan pembonceng motosikal.
“Pengguna yang gemar menggunakan motosikal jenis moped juga harus mencuba produk terbaru dari SYM model Bonus110 kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding motosikal jenama lain.” Katanya.
Beliau mula melibatkan diri dalam bidang permotoran sejak berusia 15 tahun lagi ketika masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, dekat Kedah. Setelah berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara, beliau tidak melepaskan peluang untuk menerokai bidang permotoran SYM pula yang telah sekian lama ditubuhkan dekat Taiwan.

Tegas beliau lagi, kelebihan motosikal SYM bukan sahaja mampu menjimatkan minyak petrol malah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik untuk setiap penunggang motosikal. 
“Kelebihan yang ada pada motosikal SYM ini membuatkan pengguna tidak teragak-agak untuk membelinya sekaligus mencatatkan rekod penjualan motosikal SYM lebih dua ratus buah motosikal sebulan.
“Saya yakin seratus peratus sesiapa yang menggunakan motosikal SYM tidak akan berasa kecewa dan menyesal menggunakannya malah akan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan.” Ujarnya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :