Promosi

Promosi
'Umno Ajar Tidak Hormat Pemimpin'



PARIT BUNTAR- Para pelajar sama ada di sekolah atau insitusi pengajian tinggi, tidak harus dipersalahkan apabila mereka tidak menghormati pemimpin kerana bibit-bibit tersebut telah ditanam oleh Umno semasa pentadbiran mereka sejak dahulu, kini dan selamanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) semasa berucap di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain, Titi Serong, malam tadi berkata, apabila pemimpin Umno boleh merasmikan mesyuarat agung PIBG di sekolah, kenapa pula wakil rakyat yang dipilih oleh masyarakat kawasan tersebut, tidak dibenarkan pula untuk menghadiri majlis dalam kawasan yang diwakilinya.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini Jabatan Pendidikan Daerah Parit Buntar turut mengeluarkan surat amaran kepada pelajar-pelajar dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang telah menjemputnya untuk berucap dalam kawasan beliau.

"Ini membuktikan guru besar dan pengetua lebih takut kepada ketua umno bahagian. Umno bahagian yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya, diberi keutamaan dan ruang untuk masuk ke sekolah, tetapi wakil rakyat tidak dibenarkan.

"Amalan kuno ini dilihat sukar untuk dibuang dari pemikiran pimpinan Umno walaupun mereka sendiri menyedari, penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka dalam kawasan Parlimen Parit Buntar ini.

"Sikap 'double-standard' yang dipamerkan oleh Umno ini menjadi satu pendidikan yang diajar kepada pelajar sama ada di sekolah maupun di institusi pengajian tinggi, supaya menghurmati Umno bahagian melebihi dari suara rakyat yang telah memilih wakil rakyat dalam pilihan raya," ujarnya lagi.

Malah katanya lagi, sekiranya Umno terus dibiarkan memimpin dan menjadi peneraju dalam memimpin negara, banyak lagi kerosakan yang boleh berlaku sehingga merosakkan pemikiran dan pandangan positif pelajar dan masyarakat.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.

Harakahdaily-

Tiada ulasan