Kelab OSB Puas Keliling Kedah


KONVOI DALAM NEGARA LEBIH SERONOK BERBANDING LUAR NEGARA

Kedah-

Kelab permotoran motosikal kuasa tinggi sering dikaitkan dengan aktiviti lasak dan terlibat dengan aktiviti berkonvoi jarak jauh bersama pejawat tinggi mahupun iringi pasangan pengantin ke majlis perkahwinan.

Bagi Kelab Otai SYM Bikers (OSB), tujuan berkonvoi adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama rakan dan ahli keluarga disamping mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Pengerusi Kelab OSB, Aziz Yahya ketika ditemui berkata, berkonvoi di dalam negara lebih seronok berbanding berkonvoi di luar negara seperti Thailand.

“Bagi memperkenalkan motosikal skuter berkuasa tinggi SYM kepada orang ramai, OSB telah berkonvoi mengelilingi negeri Kedah selama dua hari.

“Aktiviti konvoi mengelilingi negeri Kedah turut menjelajah beberapa kawasan seperti Sungai Petani, Gurun, Alor Setar, Baling dan berakhir semula di perkarangan tol Bertam, dekat Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kehebatan berkonvoi dalam negara sungguh menyeronokkan, tambahan pula kita mendapat tindakbalas daripada penduduk negeri Kedah yang melihat kelibat kedatangan 30 buah motosikal skuter berkuasa tinggi OSB dikawasan mereka.

“Amat jauh sekali perbezaan keseronokan dan kepuasan berkonvoi di luar negara kerana kita kurang mendapat perhatian daripada penduduk luar.” Katanya.

Tambahnya lagi, tujuan utama konvoi mengelilingi negeri Kedah adalah untuk memperkenalkan motosikal skuter berkuasa tinggi SYM yang mampu dimiliki semua orang dengan harga yang berpatutan.

“Selain melawat beberapa kawasan pelancongan di negeri Kedah, OSB turut singgah melawat beberapa buah kedai pengedar motosikal SYM bagi bertukar pendapat dan menyampaikan cenderahati khas daripada kilang SYM.

“Aktiviti konvoi selama dua hari di negeri Kedah memberi pengalaman yang amat bermakna kepada ahli-ahli OSB kerana mendapat diskaun khas sebanyak 10% harga tiket masuk untuk melawat ladang anggur daripada Kerajaan Negeri Kedah.” Katanya.

Bendahari Kelab OSB, Dorohid Situ ketika ditemui berkata, ahli-ahli dan kelab OSB tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk berbelanja kerana telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat SYM.

“Saya berterima kasih kepada SYM kerana telah memberi tajaan 100% kepada Kelab OSB untuk mengelilingi negeri Kedah. Tajaan yang diberikan termasuklah penginapan, makan dan minum, minyak petrol, dan bayaran tiket untuk memasuki beberapa kawasan pelancongan.

“Bagi pendapat saya, berkonvoi dalam negara paling menyeronokkan berbanding luar negara. Hal ini kerana ketika berkonvoi, penduduk kawasan yang terlibat telah memberi riaksi kepada OSB dengan melambai tangan, melontar senyuman, dan sebagainya.

“Saya berasa amat berpuas hati dengan perancangan aktiviti Kelab OSB untuk mengelilingi negeri Kedah. Ini merupakan pengalaman yang paling menarik dan menyeronokkan buat ahli-ahli OSB.” Katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan