Promosi

Promosi
Jagdeep dakwa Zahrain punca Pulau Pinang corot

SEMUA PERLAWANAN TEWAS!

GEORGETOWN-

Kedudukan tercorot pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam Liga Premier 2011 dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Menurut beliau lagi, selepas 16 aksi permainan dalam liga tersebut, Pulau Pinang hanya mampu berada di tangga tercorot dengan kemampuan hanya mengumpul satu mata tanpa adanya kemenangan yang telah diperolehi.

"Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini,” dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini.

Dalam 15 perlawanan yang telah disertai pasukan negeri semuanya tewas dan hanya mencatat seri bagi satu perlawanan sahaja.

Ini, katanya menunjukkan adanya ketidakcekapan dalam pengurusan yang ditadbir oleh Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Zahrain mengisytiharkan wakil rakyat Bebas pada 12 Februari 2010.

Semasa pilihan raya umum 2008 beliau mewakili PKR mengalahkan calon Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya 16,589 undi.

harakahdaily-

Tiada ulasan