Promosi

Promosi
Ketua Pemuda PAS Kedah Kekal

MENANG TANPA BERTANDING

SUNGEI PETANI-

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan peringkat negeri yang telah diadakan di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungei Petani kelmarin.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Mohd Nor telah berjaya mengekalkan jawatan yang diterajuinya sekali lagi setelah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Mustapha menarik dari dari pertandingan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki pula sekali lagi dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Negeri setelah turut menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Manakala bagi merebut jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Padang Serai, Ustaz Fauzi Tahir berjaya mempertahankan kedudukannya.

Timbalan dan Naib Yang Dipertua pula ialaha Abd Razak Salleh dan Alwi Nordin.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali mengekalkan kerusi Ketua Muslimat PAS kawasan Padang Serai manakala Suhaimi Abdul Hamid sebagai Ketua Dewan Pemuda Padang Serai yang baru.

harakahdaily-

Tiada ulasan