Taib Mahmud Terbukti Kebal

BAYAN LEPAS-

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat sebagai seorang yang kebal apabila tiga kali laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan dengan jelas kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak setelah berjaya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah beliau di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas malam tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat bukti adanya penyalahgunaan kuasa dan rasuah terhadap kekayaan Ketua Menteri tersebut, tetapi SPRM masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang telah dibuat.

"Kemenangan BN juga banyak dikaitkan dengan rasuah di Sarawak. Mereka juga menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah dan dakyah jahat terhadap kepimpinan PR melalui manipulasi gambar dan seumpamanya.

"Walau bagaimana pun BN jangan cuba memperbodohkan rakyat apabila mengatakan kemenangan mereka menunjukkan keseluruhan rakyat negara ini menyokong mereka.

"Ini adalah satu lagi dakyah dan serangan mental cuba diselewengkan oleh BN. Kemenangan mereka di Sarawak, tidak mempengaruhi pendirian dan pemikiran rakyat di Semenanjung, " tambahnya lagi.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, turut menyatakan bahawa samada BN benar-benar disokong oleh rakyat negara ini boleh dijustifikasikan melalui pilihan raya umum dan bukannya melalui pilihan raya negeri Sarawak semata-mata.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan