SYM Perkenal Motosikal ‘Mio 100’ Baru





'4 SEN UNTUK SETIAP  KILOMETER'
 
Bukit Mertajam -
Motosikal pada zaman kini kurang selamat digunakan untuk golongan wanita dan pelajar kerana mudah terlibat dengan gejala rompakan, ragut dan kemalangan ngeri. 

Berlandaskan peredaran zaman dan keadaan semasa, syarikat motosikal Sanyang Motor (SYM) mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencipta sebuah motosikal skuter yang memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna.

Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon ketika ditemui berkata, Syarikat SYM bukan sahaja mengeluarkan produk yang menarik dan comel serta mesra pengguna, tetapi turut meningkatkan ciri-ciri keselamatan pengguna dan keselamatan motosikal untuk mengelakkan daripada dirompak oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“SYM telah berjaya mencipta sebuah lagi produk motosikal skuter mesra pengguna dengan kapasiti engine 100cc. Motosikal yang comel serta tidak terlalu besar ini sesuai digunakan untuk semua golongan masyarakat khususnya golongan pelajar.

“Saya berani katakan demikian kerana motosikal SYM ‘Mio 100’ yang baru ini memenuhi ciri-ciri keselamatan yang dapat mengelakkan kejadian ragut, rompak dan kemalangan ngeri yang mempu meragut nyawa pengguna. ‘Mio 100’ juga sesuai digunakan untuk perjalanan yang dekat seperti di kampung dan pekan kerana menggunakan kapasiti engine yang tidak terlalu tinggi.” Katanya.

Beliau menegaskan bahawa, ‘Mio 100’ menggunakan konsep antik seperti vespa yang pernah mendapat permintaan yang amat tinggi pada zaman dahulu. Sehingga kini, SYM telah menerima tempahan sebanyak 150 unit motosikal SYM ‘Mio 100’.

“Saya amat yakin motosikal skuter SYM yang baru ini mampu bersaing dengan syarikat motosika skuter yang lain di Malaysia kerana SYM mementingkan ciri-ciri keselamatan, kualiti, dan kepuasan pengguna.

“Hampir 4 tahun penubuhan Syarikat SYM di Malaysia, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang merupakan peminat setia produk SYM dan menerima tempahan tertinggi setiap bulan.

“Bagi produk motosikal moped SYM ‘Bonus 110’ yang baru dilancarkan pada tahun lepas pula, permintaan paling tinggi dan mendapat galakkan pengguna adalah di Pulau Pinang.”Katanya semasa ditemui di kilang pemasangan produk Motosikal SYM, dekat Bukit Mertajam.

CEO Syarikat SYM, Tan Lean Heah ketika ditemui mengatakan bahawa, setiap motosikal SYM adalah mesra alam serta menjimatkan minyak. Buktinya, produk terbaru SYM ‘Mio 100’ hanya menggunakan 4sen untuk setiap 1kilometer.

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang permotoran sejak berusia 15 tahun lagi ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah. Beliau yang hanya meneruskan pelajaran di luar negara tidak melepaskan peluang untuk menerokai bidang permotoran SYM yang telah ditubuhkan di Taiwan hampir 61 tahun.

“Untuk merasai kehebatan penggunaan motosikal SYM ‘Mio 100’, pengguna hanya perlu mengisi Petrol sehingga memenuhi tangki sebanyak 4.8liter.

“Pengguna yang gemar menggunakan motosikal moped harus mencuba untuk menggunakan motosikal skuter SYM kerana motosikal SYM menggunakan engine pertukaran gear secara automatik dan sesuai digunakan untuk menaiki jalan berbukit.

“Motosikal skuter SYM yang baru ini amat memenuhi cita rasa pengguna khususnya golongan pelajar kerana mempunyai ruang penyimpanan barang yang luas sesuai untuk menyimpan laptop, topi keledar, beg tangan dan sebagainya. Kelebihan ini mampu mengelakkan kejadian ragut dan rompakkan terhadap pengguna motosikal di jalan raya.” Katanya.

Tambah beliau lagi, ‘mio 100’ menggunakan paip ekzos yang mampu menapis asap sehingga pengguna tidak akan dapat hidu bau asap yang keluar melalui ekzos seperti motosikal yang lain.
“Sekiranya produk terbaru ini mendapat sokongan dan permintaan yang tinggi, mungkin syarikat SYM akan menubuhkan sebuah kelab ‘Mio 100’. 

Jika permintaan amat menggalakkan, kita akan adakan satu pertandingan untuk menghias motosikal masing-masing dan syaratnya mestilah hanya menggunakan motosikal SYM.

“Secara tidak langsung, ini akan memberi peluang pekerjaan kepada golongan bumiputra yang kebanyakannya lebih gemar dalam bidang grafik dan ICT untuk membuat rekaan corak terhadap produk motosikal SYM.

“Sehingga kini, ‘Mio 100’ mempunyai 5 pilihan warna yang menggabungkan dua warna kontra iaitu hitam putih, merah putih, biru putih, jingga putih, dan coklat putih. Pengguna juga akan merasai kehebatan yang luar biasa kerana ia menggunakan lampu teknologi seperti kereta yang mempunyai kecerahaan yang tinggi pada waktu malam.

“Pengguna yang berminat untuk membeli ‘Mio 100’ boleh dapatkanya disetiap pengedar yang terpilih di seluruh negeri dengan harga sekitar RM5000 sahaja. Harganya tidaklah terlalu mahal dan amat berpatutan sesuai dengan kualiti produk.” Jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku kemalangan dijalan raya, pengguna yang menggunakan motosikal SYM ‘Mio 100’ ini akan kurang mengalami kecelakaan kerana dihalang oleh kepak motosikal skuter yang tebal dibahagian depan.

Tambahnya lagi, kaki penunggang juga akan selamat daripada hentaman yang kuat jika dilanggar melalui bahagian tepi kerana kaki penunggang akan diletakkan dihadapan dengan lantai berbentuk rata dan tebal.

“Motosikal SYM ‘Mio 100’ akan dilancarkan pada awal bulan 5. Sebelum dibawa masuk ke Malaysia, SYM telah mendapatkan kelulusan daripada TUV iaitu sebuah badan yang meluluskan produk automotive di Jerman.

“Nasihat saya kepada semua pengguna motosikal adalah anda semua harus mencuba menunggang motosikal skuter SYM kerana anda pasti tidak akan menyesal.

“Kelebihan produk SYM bukan sahaja mampu menjimatkan minyak petrol malah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik untuk setiap penunggang motosikal.

“Saya pasti sekiranya anda menggunakan motosikal SYM, anda tidak akan kecewa dan pasti akan terus menggunakan motosikal SYM.” Katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan