Promosi

Promosi
Jangan Terperangkap Dengan Jebak Umno

DAP TIDAK SERTAI BN
NIBONG TEBAL-
Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak terperangkap dengan jebak yang dipasang oleh Umno dan BN semata-mata bagi memecahbelahkan serta memporak-perandakan kekuatan yang ada pada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Yunus Jamhari berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah isu penerangan anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal di Sungai Acheh, malam tadi.

Menurut beliau lagi kebelakangan ini isu seperti pertandingan bagi merebut jawatan dalam kepimpinan PAS, telah dimainkan oleh mereka supaya adanya perasaan curiga antara sesama kepimpinan.

Beliau berkata, sekiranya tidak berhati-hati maka jebak itu akan memerangkap kumpulan sasaran yang telah mereka rencanakan.

"Yang terbaru ialah ura-ura penyertaan DAP bersama BN juga merupakan satu lagi dakyah jahat yang sengaja dimainkan bagi menimbulkan rasa prejudis dan prasangka di kalangan penyokong dan kepimpinan PR.

"Ini juga sebahagian dari usaha mereka bagi merenggangkan hubungan yang utuh antara PKR, PAS dan DAP. Setelah melihat kekuatan yang ada pada PR tidak berjaya dirungkai oleh mereka.

"Walaupun BN begitu kepingin mahu melihat adanya keretakan dalam PR, ia tidak mungkin mencapai realiti tersebut, kerana jebak dan perangkap yang mereka pasang tidak akan mengena," tegasnya lagi.

Katanya lagi, kepimpinan PR perlu sentiasa berhati-hati dengan gerakan terancang BN.

Beliau menambah, sekiranya tersilap langkah, padahnya amat berat kerana ia akan memberi impak yang begitu mendalam dalam pilihan raya umum yang akan datang.

harakahdaily-

Tiada ulasan