Promosi

Promosi
PAS Beri Khidmat Secara Berterusan

KEPALA BATAS-

Jangan samakan PAS dengan parti lain kerana perjuangan PAS adalah berbeza dengan mana-mana parti politik dalam negara ini, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Taib Azamudden Md Taib (gambar).

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kepala Batas kali ke-33 di sini semalam.

Menurut beliau lagi, perjuangan PASlah yang membezakan parti-parti lain dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

"Perjuangan PAS sebelum merdeka sehinggalah sekarang adalah untuk memartabatkan Islam dan meletakkannya sebagai suatu kuasa yang tertegak untuk memperjuangkan nasib semua golongan masyarakat tanpa mengira ras dan agama.

"Sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya, PAS tetap meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam. Kita berbeza dengan parti-parti lain kerana bukan kemenangan pilihan raya itu menjadi prioriti mutlak, walaupun kemenangan itu adalah hasrat semua parti yang bertanding.

"Apa yang membezakan kita dengan parti-parti lain, adalah wadah perjuangan tersendiri yang dipraktik dan diperjuangkan. Walaupun dunia demokrasi meletakkan pertandingan itu sebagai eleman penting bagi mendapat kuasa, PAS tetap memberi khidmat secara berterusan," tambahnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Baling, turut berkata, PAS bukan menjadikan kemenangan ke Putrajaya sebagai titik noktah, tetapi perjuangan merangkumi noktah tersebut.

"Tiada gunanya kemenangan sekiranya kedaulatan Islam tidak tercapai. Oleh kerana itu ia perlu selari supaya apa yang ada tidak hilang, manakala apa yang dikejar juga akan diperolehi, "ujarnya lagi.

harakahdaily-

Tiada ulasan