Judi: Kedah Tidak Lulus Premis Baru


TIADA LESEN PREMIS JUDI DILULUSKAN
ALOR SETAR-
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di bawah teraju Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, tidak pernah meluluskan mana-mana lesen premis judi yang baru sejak memegang tampuk pemerintahan pada 2008 yang lalu.


Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mengulas mengenai perkara tersebut berkata, sejak memerintah Kedah, tiada satu lesen premis pun yang diluluskan.


Menurutnya lagi, premis yang sedia ada beroperasi adalah premis yang telah menjalankan operasi mereka semasa Kerajaan BN memerintah Kedah sebelum ini.


"Sejak pemerintahan bertukar tangan, PR masih lagi mengekalkan dasar bahawa lesen premis judi yang baru tidak dibenarkan untuk dikeluarkan lagi. Tindakan ini adalah bagi mengelakkan masyarakat mengamalkan budaya berjudi.


"Premis sedia ada setakat ini adalah mencukupi bagi masyarakat bukan Islam. Pemantauan juga sedang dilakukan terhadap premis judi haram yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini," ujarnya lagi.


Beliau yang juga merupakan Adun Pangkalan Kundor menyatakan lesen judi sebenarnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Sementara itu kelulusan untuk membuka premis dan lesen perniagaan adalah di bawah kelulusan pihak berkuasa tempatan.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan