Pengerusi Gerakan P Pinang bohong - Guan Eng

GEORGETOWN-

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Pengerusi Gerakan negeri, Datuk DrTeng Hock Nan, kerana mendakwa kerajaan negeri menentang projek pembangunan Kerajaan Persekutuan.

Lim dalam kenyataannya berkata, Teng berbohong dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

"Suatu ketika dahulu beliau mendakwa kos penyelenggaraan kereta rasmi Ketua Menteri ialah sebanyak RM600 ribu setahun. Apabila kita meminta dikemukakan bukti, tiada juga apa-apa tindakan susulan dari beliau.

"Kerajaan negeri tidak pernah sesekali menentang projek Kerajaan Pusat. Sebagai bukti beliau perlu tahu bahawa Pulau Pinang adalah penyumbang keempat kepada Kerajaan Pusat dengan jumlah cukai sebanyak RM25.7 bilion. Daripada jumlah tersebut kerajaan negeri hanya memperolehi sebanyak RM794 juta atau 3 peratus sahaja," katanya lagi.

Menurut Lim lagi, sepatutnya Teng sebagai Naib Pengerusi BN Pulau Pinang menyedari Majlis Perbandaran Seberang Perai kehilangan sebanyak RM213 juta semasa Pulau Pinang ditadbir oleh BN dahulu.

"Malah sebelum ini pun pimpinan Umno Pulau Pinang pernah menyarankan kepada Kerajaan Pusat supaya membatalkan projek pembinaan jambatan kedua semasa mereka kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu," katanya.

Beliau juga menyarankan Teng supaya melihat diri sendiri sebelum membuat pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri pimpinan PR.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan