Skuad Kenari dapat lot banglo

ALOR SETAR, 10 Jan-

Kerajaan Negeri Kedah menjadikan janji sebagai satu perkara yang harus ditepati, termasuklah pemberian tanah lot banglo kepada barisan pemain dan pegawai skuad Kenari yang telah berjaya menjulang nama Kedah dalam arena bola sepak.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, anugerah tanah tapak banglo akan diberikan pada tahun ini kepada mereka yang telah berjaya membawa gelaran 'Juara Treble Liga Malaysia' bagi musim tahun 2007 dan 2008 yang lalu.

"Pemberian lot tanah banglo yang dianggarkan dalam keluasan antara 550 hingga 745 meter persegi itu adalah dalam kawasan Pokok Sena. Ia telah pun mendapat kelulusan dalam kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Disember yang lalu.

"Pengagihan lot telah pun dilakukan oleh kerajaan negeri, cuma proses penukaran hak milik lot tanah tersebut masih dalam proses pelaksanaan. Lot tersebut juga adalah berstatus anugerah," ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Kehormat KFA.

Tambahnya lagi, penganugerahan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini adalah sebagai menghargai jasa dan sumbangan skuad kenari di atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan ini pada tahun 2007 dan 2008 berturut-turut.

Beliau juga berkata, apa yang penting ialah kerajaan negeri mengotakan janji yang telah dibuat selama ini walaupun ia mengambil masa yang agak lama dari tempoh kejuaraan dicapai.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan