Chingay Jadi Tarikan Pelancong





SEBANYAK 430,355 LAWAT PULAU PINANG'10

GEORGETOWN-

Pertandingan 'chingay' seluruh Melaysia yang menggunakan tiang bendera paling besar dan diimbang dengan menggunakan bahagian atas badan akan menjadi satu tarikan menarik pelancong tempatan dan luar negara, malam ini.


Exco Pembangunan, Pelancongan dan Kebudayaan Pulau Pinang, Law Heng Kiang berkata, pertandingan yang turut disertai oleh kumpulan dari Sabah dan Sarawak ini akan diadakan di Padang Kota Lama berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.


"Pertandingan ini akan memberi persembahan yang menarik kerana di samping memperlihatkan ketangkasan kumpulan untuk mempertahankan tiang bendera yang diimbangi dari terjatuh, ia juga menguji semangat berpasukan apabila berlakunya pemindahan tiang bendera tersebut dari seorang ke seorang.


"Kejuaraan Chingay All Star ini telah pun memasuki tahun kedua pada tahun ini. Selain dari persembahan chingay yang menarik ini, seramai 40 jurufoto dari Kuala Lumpur akan turut berkumpul bagi merakamkan aksi menarik pertandingan berprestij malam ini," katanya lagi.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lancang berkata, pertandingan kali ini juga sebagai salah satu usaha kerajaan negeri mengorak langkah untuk menjadikan aktiviti lasak dan aksi menarik dan ngeri ini sebagai salah satu daya penarik kepada pelancong tempatan dan luar negara.


Menurut perangkaan jumlah pelancong yang telah melawat Pulau Pinang sehingga Mac 2010 adalah sebanyak 430,355 orang jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2009 hanya sebanyak 318,912 orang.


Program galakan pelancongan ini juga adalah sejajar dengan asprasi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang melalui 'Tahun Melawat Pulau Pinang 2010-2014' yang bertemakan ' Penang Has It All' akan memberikan segala kemudahan bagi menarik pelancong ke negeri ini.

harakahdaily -

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan