Gantung: Umno BN Ada Agenda Tersembunyi









MENCALAR IMEJ DEMOKRASI BERPARLIMEN

ALOR SETAR, 21 Dis-

Penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini sepatutnya dilaksanakan melalui peraturan mesyuarat dengan mendapat keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib sebagai mengulas penggantungan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh (Bukit Gelugor), Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Sivarasa Rasiah (Subang) kerana didakwa menghina dewan tiada ruang diberikan kepada tertuduh untuk membela diri sebelum keputusan penggantungan diambil.

"Mereka yang dituduh ini sewajarnya diberi hak untuk membela diri serta mengemukakan bukti dan saksi, namun begitu perkara ini tidak dilakukan oleh Speaker.

"Bantahan yang dibuat oleh MP PR di Parlimen baru-baru ini adalah kerana tidak wujudnya keadilan dalam proses penggantungan tersebut," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda tersembunyi dan tersirat yang direncanakan oleh Umno BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang bagi mencapai hasrat mereka mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tambahnya, tindakan tersebut juga dilihat sebagai satu agenda yang dibuat tanpa pertimbangan yang sepatutnya.

Katanya, ia bukan saja mencalar imej demokrasi berparlimen yang sepatutnya menjadi amalan oleh Speaker dalam mengendalikan sidang dewan, tetapi memperlihatkan kepada rakyat negara ini seolah-olah peraturan yang sedia ada tidak menjadi satu keperluan dalam melaksanakan tindakan dalam sesuatu isu yang membabitkan perkara sedemikian.


harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan