Usahawan Wanita Berjaya Negeri Kedah


"CT MUAZ" MAMPU RAWAT PENYAKIT

Taman Delima, Sungai Petani –

Minuman amat penting bagi meneruskan kehidupan berbanding makanan. Sekiranya manusia tidak mendapat air selepas tujuh hari, manusia akan mengalami kematian. Demikianlah yang dibicara oleh usahawan wanita yang mengusahakan air berkabonat sejak 8 tahun yang lalu.


Oleh kerana minat untuk berniaga, Siti Faridah Ismail telah menubuhkan sebuah syarikat air berkabonat CT Muaz Enterprise di Taman Delima, dekat Sungai Petani.


Minat dan usaha yang ditonjolkan beliau telah membuktikan bahawa wanita turut boleh menjadi usahawan yang berjaya.


Beliau telah mengeluarkan modal sebanyak RM50 000 untuk memulakan perniagaan dengan membeli mesin-mesin bancuhan air minuman secara manual dan lain-lain keperluan perniagaan.


“Saya mensasarkan untuk mengeluar serta mengedar 1 juta botol air seminggu dan akan menjualnya ke pasaran berhampiran termasuk sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Selain itu, saya juga ingin meluaskan pasaran saya ke peringkat lebih tinggi.”

“Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menjadi agen pemasaran produk minuman berkabonat ini turut dialu-alukan dan boleh la melawat ke kilang saya yang terletak di Taman Delima. Hal ini dapat saya janjikan bahawa perniagaan ini akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda.”


“Ketika seluruh umat islam sedang mengerjakan ibadan puasa pada bulan ramadhan, saya telah membuka sebuah gerai kecil di Bazar Ramadhan Taman Delima. Hasil jualan air berkabonat ini mampu mendapat RM1 000 sehari.” Jelasnya.


Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan lapan perisa minuman air berkabonat, iaitu perisa Kola, Kola Biru, Oren, Strawberi, Anggur, Soda, Sasri, dan Buah-buahan. Keistimewaan air berkarbonat ini adalah menggunakan gula stevia.


“Gula stevia ini mempunyai pelbagai kebaikan kerana ia juga merupakan air gula yang boleh merawat penyakit. Antara penyakit yang boleh dirawat dengan air ini adalah buasir, tekanan darah tinggi, menghilangkan parut, menghilangkan jerawat dan jeragat, mengurangkan migrin, mengatasi batuk dan sesak nafas.”


“Pada zaman kini, kebanyakkan pengusaha minuman berkarbonat hanya mementingkan kandungan gula dan keuntungan semata-mata. Tetapi, mereka mengabaikan kesihatan pembeli dan pengguna.


“Oleh itu, saya menyeru agar orang ramai mencuba dan membeli air minuman berkabonat CT Muaz kerana ia boleh merawat pelbagai penyakit selain mengurangkan rasa kehausan.” Terangnya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 Komen :

  1. kt mana nk beli mesin bancuhan air minuman

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..puan kami pelajar sklh nk buat assignment perdagangan.blh beri no.tel...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...boleh berikan no telefon untuk jadi agen pemasaran pihak puan..terima kasih

    BalasPadam
  4. assalamualaikum. saya pelajar uitm kedah ingin menemu ramah puan untuk memenuhi keperluan subjek saya. sekiranya berkesempatan, boleh berikan nom tel puan untuk saya menghubungi pihak puan. terima kasih.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum pun. saya pelajar kolej komuniti sungai petani, kedah ingin menemu ramah puan untuk laporan projek usahawan saya dan kumpulan saya. sekiranya berkesempatan, boleh berikan number tel puan untuk saya menghubungi pihak puan. terima kasih pun atas kerjasama puan.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..Saya pelajar perniagaan..bolehkah saya mendapat no telefon puan untuk menghubungi puan bagi melakukan temu ramah.Terima kasih atas kerjasama puan

    BalasPadam