Subjek Wajib Lulus SPM 2013


SEJARAH SUBJEK WAJIB LULUS SPM 2013

Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Buat masa sekarang mata pelajaran itu adalah subjek teras yang wajib diambil, tetapi bukan wajib lulus.

“Selepas mengambil kira pandangan beberapa perwakilan di sini (Perhimpunan Agung Umno), maka Kementerian Pelajaran memutuskan Sejarah sebagai subjek wajib diambil dan wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno dasar itu akan berkuasa kuasa mulai 2013.

“Kita perlukan masa untuk melatih guru-guru,” kata beliau.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan