iPhone termahal


iPhone di Saluti Emas RM24.6 juta

LIVERPOOL -

Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).

Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.

Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan