Promosi

Promosi
Pembangkang cemburu Bajet 2011 : UMNO


Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya

K
etua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini menyarankan supaya BN di peringkat cawangan dan bahagian mewujudkan pusat khidmat masyarakat masing-masing bagi membolehkan rakyat membuat aduan dan mendapat bantuan mengenai masalah mereka.

"Saya ingin mengesyorkan mana-mana bahagian yang belum mempunyai pusat khidmat masyarakat untuk menubuhkannya, walaupun kawasan itu tidak dikuasai oleh kita", katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional Titiwangsa, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Pengerusi BN Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani. Ahmad berkata selain berperanan mendengar permasalahan rakyat, pusat sedemikian boleh berfungsi sebagai pusat setempat bagi rakyat mendapat maklumat, misalnya daftar pemilih.

Mengulas mengenai pandangan sinis pembangkang yang mengatakan Bajet 2011 sebagai membazir dan menyifatkan bajet pilihan raya, Ahmad berkata pembangkang sebenarnya cemburu dan bimbang intipati bajet tersebut kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka.

"Mereka (pembangkang) khuatir kalau ada lagi bajet seperti ini tahun depan, rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka," katanya. --Bernama

Tiada ulasan