Kira-kira 30 orang belia menyertai konvoi amal anjuran Alam Gapura Groups Sdn. Bhd. yang diiringi oleh peserta-peserta motorsikal skuter berkuasa tinggi dari kelab motorsikal Otai SYM Biker (OSB).
Konvoi ini telah bermula dari Juru dan tiba di Kupang, Perak pada jam 4.30 petang. Peserta menaiki 12 buah motorsikal sekuter berkuasa tinggi dan 6 buah kereta termasuk kenderaan rasmi Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berkata, “golongan yang mendustakan agama adalah golongan yang mengabaikan golongan anak yatim seperti mana yang telah tercatat didalam kitab suci al-quran.
“kita amat berbangga kerana kelab motorsikal OSB yang datang dari Pulau Pinang tidak melepaskan peluang dan sanggup datang ke Bukit Gantang ini semata-mata untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim yang amat memerlukan bantuan.”
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang telah kematian Ibu Bapa yang disebabkan oleh penyakit HIV. Mereka kini terpaksa tinggal bersama nenek mereka di Kampung Jebung, Perak dengan keadaan tempat tinggal yang serba kekurangan akibat dipandang rendah oleh masyarakat.
0 Komen :
Catat Ulasan