Warga Emas Sertai Kelab Motorsikal






Bukit Mertajam, Pulau Pinang –

Sanyang motorsikal (SYM) merupakan sebuah syarikat pengeluar motorsikal ternama di Negara Taiwan sejak 60 tahun yang lalu. Kini SYM melangkah setapak kehadapan untuk membuka sebuah cawangan baru di Malaysia.

SYM yang mula beroperasi sejak dua tahun yang lalu telah berjaya mengeluarkan empat jenis motorsikal di Malaysia. Disamping menjadi pengeluar motorsikal, SYM turut menubuhkan sebuah kelab motorsikal.

Kelab ini aktif mengadakan konvoi motorsikal keseluruh negeri. Sanyang Motor Club (SYMC) adalah nama yang diberi kerana setiap orang yang ingin memasuki kelab ini mestilah mempunyai motorsikal SYM.

Sehingga kini, SYMC mempunyai 22 orang ahli yang menggunakan motorsikal SYM jenis VTS 200 dan EVO 250i. Motorsikal SYM antara motorsikal yang paling digemari golongan muda terutama golongan warga emas.

Chow Yew Kok, 63, antara ahli SYMC yang paling menggemari motorsikal SYM VTS 200 sejak 2 bulan yang lalu. Walaupun sudah menjangkau usia tua, ini tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk terlibat dalam aktiviti permotoran.

Ketika ditemu bual, beliau berkata, “ saya minat untuk menyertai kelab ini kerana pengaruh dari kawan-kawan. Apabila saya melihat kawan-kawan yang lain memiliki motorsikal sendiri yang cantik dan besar, saya terus membeli motorsikal SYM dan segera menjadi ahli SYMC.”

Beliau yang juga penduduk di Mak Mandin, Butterworth, menjelaskan, “Dengan menjadi ahli kelab SYMC, ia dapat mendisiplinkan diri kita. Golongan remaja yang suka merempit harus memasuki kelab ini kerana dapat menghindari gejala tidak berfaedah.”

SYMC telah ditubuhkan sejak 2 bulan yang lalu. Walaupun baru ditubuhkan, mereka aktif mengadakan aktiviti konvoi dan beramal. Buat pertama kalinya, SYMC telah memulakan konvoi dari Pulau Pinang ke Thailaind.

Setelah berjaya menunggang motorsikal untuk jarak yang jauh, kini mereka telah berjaya menguji motorsikal SYM untuk menaiki tanah tinggi Genting. Sebanyak 22 buah motorsikal dan dua buah kereta mekanik turut serta dalam aktiviti konvoi ini.

Teoh Tang Lim, 64, merupakan ahli SYMC yang paling tertua yang menyertai konvoi ke tanah tinggi Genting baru-baru ini. Beliau antara peserta yang paling meminati sukan permotoran sejak membeli motorsikal SYM 2 bulan lalu.

Keistimewaan yang terdapat pada diri beliau adalah minat beliau terhadap industri musik yang lama. Beliau yang terkenal dengan gelaran P.Ramlee oleh rakan-rakan beliau turut mempelajari ilmu tulisan jawi. Gelaran berikut diberikan kerana sikap beliau yang gemar menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee pada waktu lapang.

Gu Kok Teong, President SYMC ketika ditemu bual menegaskan, sesiapa yang ingin menjadi ahli SYMC mestilah mempunyai motorsikal SYM. Selain itu, mereka juga akan di uji menunggang motorsikal SYM di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang, bagi melatih mereka menempuh jalan-jalan berliku dan curam.

“Walaupun baru ditubuhkan, SYMC turut menerima jemputan konvoi untuk majlis perkahwinan. Motorsikal SYM amat bagus digunakan untuk jarak perjalanan yang jauh kerana menjimatkan minyak. Hal ini telah terbukti kerana perjalanan kami baru-baru ini hanya perlu mengisi minyak petrol RM23 untuk jarak perjalanan 400kilometer.

“Bagi memastikan perjalanan kami selamat dan tersusun, saya telah memberikan nombor khas kepada penunggang-penunggang motorsikal untuk di pamerkan di motorsikal masing-masing. Ini bertujuan untuk menetapkan kedudukan motorsikal agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.” Katanya.

Walaupun aktif menyertai aktiviti konvoi motorsikal, beliau juga mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di Bukit Minyak, Pulau Pinang. Beliau yang juga rakan kepada Pengurus Besar SYM turut menyatakan bahawa kelabnya diberi kelebihan untuk membeli motorsikal dengan membayar ansuran yang rendah setiap bulan.

“Sesiapa yang membeli motorsikal SYM dikedai luar perlu membayar wang pendahuluan hampir RM3 ribu. Namun, sekiranya membeli motorsikal dengan kelab SYMC hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1500 sahaja.

“Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang motorsikal SYM beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Selepas sejam perjalanan, kami akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan.

“Semasa perjalanan, setiap motorsikal tidak boleh memotong antara satu sama lain dan harus mengikut giliran nombor motorsikal masing-masing. Ia bertujuan untuk memastikan tiada sebarangan kemalangan berlaku.

“Untuk aktiviti akan datang, kami akan mengadakan konvoi motorsikal ke Negeri Melaka dan Johor. Tujuan kami ke sana adalah untuk memperkenalkan kelab SYMC di sana serta beramal. Disamping itu, ia juga peluang kepada syarikat SYM untuk memperkenal produknya ke seluruh negeri setelah dua tahun penubuhannya di Malaysia.” Jelasnya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan