Karnival Aspirasi Seni Dapat Sambutan




Kepala Batas, Pulau Pinang -

Ilmu dapat ditakrifkan sebagai satu fahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara nyata. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan dan masa depan manusia.

Berlandaskan kenyataan berikut, Allianze College of Medical Sciences (ACMS) telah menubuhkan satu akitiviti khas yang dinamakan ‘Karnival Aspirasi Seni 2010’. Karnival ini telah berlangsung di Dewan Millenium, dekat Kepala Batas. Ribuan rakyat di Pulau Pinang telah membanjiri Dewan Milleneium.

Tujuan karnival seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasah semangat kepimpinan di kalangan mereka dalam menjayakan program berskala mega seperti ini terutama dari segi pengurusan dan pengacaraan majlis.

Ianya juga dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memulakan jaringan kerjasama inter-disiplin dengan semua pihak samada di dalam kolej mahupun di luar kolej.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Zainuddin Md. Wazir, Ketua Eksekutif ACMS. Ketibaan beliau telah disambut dengan penuh penghormatan dan kemeriahan sambil diiringi oleh pelajar-pelajar ACMS dengan berpakaian kebudayaan bertemakan 1 Malaysia.

Dato’ Dr. Zainuddin dalam ucapan perasmiannya berkata, “pendedahan seperti ini penting untuk memulakan ‘supporting activities’ dan ‘soft skill’ melalui bidang kesenian dan kebudayaan sebagai penyuntik semangat dan pembentukkan jati diri pelajar.

“Pengalaman yang dilalui tidak ternilai dan ini akan membentuk pelajar yang cemerlang dari segi intelek, kepimpinan, ketrampilan, fizikal, emosi, sosial, kerohanian, bersifat daya saing, inovatif, kreatif dan berbudaya serta mampu mengatasi cabaran-cabaran dalam memajukan diri, masyarakat dan negara. Ini amat tepat dengan hasrat ACMS untuk melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dalam arena perubatan.

“Saya harap program yang kita adakan seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar melalui pertandingan nyanyian, persembahan tarian, persembahan koir dan persembahan teater yang akan diadakan.Selain itu, mereka yang memasuki acara dalam pertandingan dan persembahan yag diadakan ini dapat menggunakan kreativiti mereka untuk memberikan hasil yang terbaik dan menarik.” Jelas beliau.

Karnival Aspirasi Seni 2010 ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) ACMS. Karnival ini juga adalah hasil kerjasama pelajar-pelajar program Diploma Kejururawatan, Diploma Farmasi, dan Diploma Fisioterapi.

Bagi menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hadir, pihak ACMS turut membuka kaunter khas untuk menerangkan syarat kelayakan memohon kemasukan ke ACMS. Syarat kelayakan memohon mestilah mempunyai minima 3 kredit.

Selain daripada acara kesenian dan kebudayaan oleh pelajar-pelajar ACMS, karnival ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar sekolah yang hadir kerana karnival ini turut dihadiri oleh Angkasawan Pertama Malaysia.

Sejurus ketibaan Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia ke perkarangan Dewan Millenium dekat Kepala Batas, semua pelajar-pelajar menggeremuni beliau dan pihak keselamatan terpaksa mengawal keadaan yang agak kecoh seketika. Walaubagimanapun, keadaan dapat dikawal dengan tenang.

Selain itu, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor turut menyampaikan ceramah kerjaya serta motivasi diri kepada pelajar-pelajar sekolah yang hadir. Beliau semasa ceramahnya turut berkongsi pengalaman semasa berada di angkasa. Beliau menjelaskan kepada semua orang yang hadir bahawa islam ini amat indah kerana semasa berada di dalam kapal angkasa, beliau ada kedengaran suara-suara azan yang berkumandang didalam kapal angkasanya.

Semasa sesi sidang media berlangsung, beliau berkata, “kita telah menemui air di Planet Marikh. Dalam hal ini, kita dapat rumuskan bahawa dimana ada air, disitu ada hidupan. Jadi, kita akan melawat dan membuat kajian di Planet Marikh pada tahun 2027 untuk memastikan adanya hidupan lain di sana. Perjalanan untuk pergi ke sana memerlukan tempoh enam bulan dan perjalanan pulang ke bumi turut memerlukan tempoh selama enam bulan. Untuk membuat kajian di Plante Marikh, kita akan berada di sana selama enam bulan juga.”

Kejayaan karnival ini dimeriahkan lagi dengan penceramah jemputan rancangan TV (Vitamin For The Mind) Hello on TV2, Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Karnival ini juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan pelajar-pelajar dengan menjemput artis-artis tempatan untuk membuat persembahan.

Karnival ini telah dihadiri oleh artis-artis tempatan yang popular seperti Rich (Estranged), Velvet (Akademi Fantasia Musim ke-4) serta persembahan istimewa dari pelakon “Anak Mami Jarum The Movie” dan Raja Lawak Musim pertama juga turut memeriahkan lagi majlis.

Peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Sungai Bakap turut tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia dengan lebih dekat. Pelbagai sekolah disekitar negeri Pulau Pinang dan Kedah turut mengambil bahagian untuk menghadiri Karnival ini.

Karnival ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg Dato’ Dr. Zainuddin Md. Wazir, Ketua eksekutif ACMS dan Prof. Dr. Muhaya Mohamad.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Komen :

  1. Bolehkah bersalaman sesama bukan muhrim?

    BalasPadam
  2. boleh.. kalau mazhab maliki atau hanbali.. tiada unsur syahwat disitu.. Wallahu'alam..

    BalasPadam