SMK Pekula Jaya Laksanakan Projek IT



SUNGAI PETANI, Kolej Pusat Tekonologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sungai Petani,Kedah telah menganjurkan satu program Eksplorasi IT Adobe Photoshop bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya. Sesi program ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang pada hari tersebut.

Program ini dikendalikan oleh Cik Siti Sarah Tutor Scholl of Information and Science Engineering (SISE) serta dibantu oleh seorang tutor SISE, Cik Noor Intan Shafila. Aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kebaikan dan kegunaan IT melalui kaedah media interaktif untuk menarik minat pelajar kepada IT. Selain itu, pelajar juga diperkenalkan dengan program Adobe Photoshop dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Program ini amat bermanfaat kepada para pelajar kerana ia memberi pendedahan kepada mereka memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat alam persekolahan kelak.


Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada hari tersebut selaras dengan misi program iaitu menambah minat pelajar terhadap dunia IT. Aktiviti yang dijalankan untuk Sesi pertama ialah Pengenalan kepada Adobe Photoshop & Installasi Program. Setiap PC telah dibekalkan dengan satu folder bahan-bahan untuk program iaitu sampel gambar. Pelajar diperkenalkan dengan perisian tersebut berpandukan lampiran dan nota yang diberikan sebagai rujukan. Seterusnya, pelajar diajar melalui kaedah demonstrasi untuk menggunakan setiap ‘properties’ yang terdapat dalam Adobe Photoshop. Kemudian, pelajar akan diberikan peluang untuk meneroka ‘explore’ sendiri setiap ‘properties’ yang telah diajar secara lebih terperinci. Akhir sekali, karya-karya pelajar akan dipaparkan dan dinilai. Sebuah buku nota PTPL diberikan kepada setiap pelajar yang menghasilkan karya kreatif.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini dijangka dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang teknologi maklumat apabila tamat pengajian dan menjadikan Kolej PTPL Sungai Petani sebagai pilihan utama untuk meneruskan pengajian.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan