Kolej PTPL Adakan Lawatan Industri ke Hotel Sp Inn

SUNGAI PETANI, Unit Pembangunan Pelajar (UPP) Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Lawatan Industri ke Hotel Sp Inn Sungai Petani pada 19 Mac 2009 lalu. Program ini melibatkan penyertaan 30 orang pelajar dan diiringi oleh 2 pensyarah Pelancongan dan Hospitaliti iaitu Puan Mahanom dan Cik Harnani.

Lawatan kali ini menjadi lebih bermakna kerana bukan sahaja pelajar jurusan Diploma Pelancongan dan Hospitaliti sahaja yang terlibat tetapi pelajar-pelajar jurusan lain seperti Diploma Pengurusan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan pelajar MLVK turut sama menyertainya.


Pelajar-pelajar ini adalah pelajar baru yang masih mentah dalam corak pembelajaran di Kolej PTPL Sungai Petani. Maka adanya program sebegini dapat membantu mereka dalam mempelajari suasana sebenar pekerjaan di industri hotel dan hospitaliti yang menjadi antara penyumbang besar dalam pendapatan negara kita. Ini juga mampu menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk menceburi bidang ini apabila tamat pengajian di PTPL.


Antara pengisian di dalam program ini ialah taklimat-taklimat penting yang disampaikan oleh pihak Hotel iaitu Puan Nor Aswani Shabudin, Pegawai Sumber Manusia dan En Samsuri Osman, Pengurus Bahagian Pengurusan Bilik. Taklimat ini amat berguna kepada pelajar PTPL kerana mereka dapat mengetahui banyak maklumat penting tentang di setiap jabatan di SP Inn.

Selain itu, pelajar-pelajar juga turut diberi peluang untuk melawat bahagian-bahagian penting di hotel seperti Front Front Office, F & B, Kitchen dan Housekepping.


En. Aidil Adzhar Abu Samah, Pengetua PTPL Sungai Petani mengucapkan ribuan terima kasih kepada SP Inn di atas kerjasama yang diberikan dan amatlah diharap hubungan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan