Promosi

Promosi
Khemah Jualan dan Pameran Dibawa Angin Kencang




SUNGAI PETANI, Sewaktu orang ramai sedang melawat gerai-gerai di Festival Kedah Sejahtera, angin kencang datang dengan tiba-tiba menyebabkan khemah Jualan dan Pameran di tapak Festival Kedah Sejahtera tercabut dari tempat asal dan terjatuh ke tanah. Orang ramai yang berada dikawasan tersebut didapati selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Disamping itu, orang ramai yang sedang berada di sekitar kawasan tersebut datang membantu Petugas Festival Kedah Sejahtera yang sedang bertugas untuk membangunkan semula khemah tersebut. Kejadian ini turut menyebabkan sebuah Kereta Rasmi Ahli Kerajaan Negeri dihempas oleh sebuah khemas yang melayang dibawa angin kencang. walaubagaimanapun, tiada kerosakkan teruk yang dilaporkan diatas kejadian yang telah menimpa sebuah Kereta Rasmi Kerajaan Negeri tersebut.

Tiada ulasan