Mana Hospital Padang Besar?


 
 
KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan Hospital Padang Besar, Perlis seperti yang dijanjikan semasa PRU13 lalu.

Ketuanya, Mohd Sharun Radzi Salehuddin berkata, cadangan kerajaan untuk menilai semula projek tersebut amat mengecewakan.

“Kerajaan Pusat seharusnya memberi keutamaan terhadap keperluan rakyat, khususnya dalam menyediakan kemudahan kesihatan serta perubatan.

“Mereka sepatutnya menepati janji PRU13 lalu. Tetapi kerajaan BN dengan rakusnya boleh membelanjakan wang rakyat untuk membeli jet mewah bernilai RM465 juta untuk kegunaan Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, rakyat Perlis secara keseluruhannya terpaksa bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan yang mengambil masa hampir 40 minit perjalanan sehala.

“Di manakah keutamaan kerajaan? Rakyat yang terus dihimpit dengan pelaksanaan GST, sepatutnya dengan adanya hospital tersebut rakyat dapat menjimatkan wang serta masa untuk mendapatkan rawatan.

“Slogan keramat ‘Rakyat Didahulukan’ yang sering dicanangkan oleh BN nampaknya hanyalah retorik serta mimpi sahaja,” katanya.

Justeru, AMK Perlis menggesa agar kerajaan memberi keutamaan untuk membina Hospital Padang Besar agar rakyat serta pembayar cukai dapat merasai kembali nilai setiap sen yang mereka berikan kepada kerajaan.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan