Program kerajaan negeri tidak perlu permit

'Harap pihak polis tidak melepaskan tembakan...'

GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa majlis kesyukuran dan ceramah mega pada malam ini tidak perlu mendapatkan permit kerana ia adalah majlis anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Ia adalah satu majlis untuk memperkenalkan barisan exco terbaru. Inilah tujuan himpunan berkenaan.



"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah menulis surat pagi ini memaklumkan kepada pihak polis menyatakan tujuan himpunan tersebut diadakan.

"Saya harap pihak polis tidak akan melepaskan tembakan secara membabi buta dan tidak masuk campur dengan perhimpunan berkenaan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kerajaan negeri mempunyai hak untuk memperkenalkan barisan exco terbaru kepada rakyat, terutamanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengadakan himpunan seperti ini di Esplanade Pulau Pinang, kerana terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

"Ia merupakan majlis kerajaan negeri yang tidak memerlukan sebarang permit," katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan