Pas perlu tinggalkan PR, perjuangkan agama Islam



Tinggalkan PR sejak Karpal mula biadap dengan Islam

ALOR SETAR – Pas perlu tinggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika ingin terus kekal sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam di negara ini.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, parti itu sepatutnya meninggalkan PR selepas DAP berlaku biadap terhadap agama Islam.



Katanya, Pas tidak seharusnya menunggu sehingga keadaan menjadi rungsing baru mahu meninggalkan pakatan tersebut.



“Pas patut keluar lama dah dari PR. Hari ini bila keadaan sudah sampai agak cukup merungsingkan baru ada perkataan yang mengatakan mereka (Pas) nak keluar PR.



“Sampai keadaan sudah bergolak diperingkat bawah dan ahli-ahli Pas sendiri sudah mula tidak puas hati, barulah ada kata-kata daripada pemimpin Pas.



“Dia kata kalau pakatan itu tidak bawa kelebihan kepada Islam, dia akan keluar PR. Patutnya dia keluar lama dah sejak awal Pengerusi DAP, Karpal Singh berlaku biadap terhadap Islam, kena keluar dah,” katanya kepada media selepas menyempurnakan program Prihatin 1Malaysia peringkat negeri Kedah di dewan Taman Seri Gemilang, di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata, ini adalah harapan dan permintaan ahli Pas sendiri supaya parti tersebut bergerak dengan sendiri.



“Penyokong-penyokong Pas lebih rela bergerak dalam Pas sendiri berbanding bersama pakatan yang tumpang bersama PKR dan DAP,” katanya.



Semalam, Sinar Harian melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari PR sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.



“Sekiranya pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya.





Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan