Azizan: ‘Belit’ BN seperti ular sawa belit lembu


ALOR SETAR – Pas Kedah mahu rakyat di negeri ini ‘membelit’ Barisan Nasional (BN) seperti seekor ular sawa membelit seekor lembu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keistimewaan ular ini juga adalah dia mampu menyalin kulit, tapi di Kedah rakyat jangan ‘salin kulit’. Sebaliknya ‘salin kulit’ di Putrajaya.



Beliau berkata, pihaknya juga yakin bahawa sokongan rakyat terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) masih kekal dan semakin bertambah.



“Kita perintah baru lima tahun, rakyat sudah boleh membezakan antara kerajaan PR dengan BN. Mereka semua hanya auta. Dulu dia boleh bercerita, tapi sekarang bila orang nak tau, dia senyap.



“Jadi sekarang ini ternyata bahawa rakyat akan beralih dan akan ‘salin kulit’. Insya-ALLAH kita dapat bertahan di negeri Kedah.



‘Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah kita lakukan sekarang ini. Cuma kita perlu lebihkan usaha untuk meyakinkan orang bukan Melayu supaya tidak menyokong mereka (BN),” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di Karnival Gongxi-Gongxi sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah, di Jalan Putra, di sini, kelmarin.


Azizan berkata, Pas berjuang bersama-sama PR adalah untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya di negeri ini.



“Saya cuba buat yang terbaik di Kedah. Ambil masa lima tahun, saya rasa telah menunaikan tugas kita (Pas) setakat yang termampu oleh kita.



“Baru-baru ini juga, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menganugerahkan tanah-tanah ladang kepada sekolah Cina, India dan Agama. Mereka boleh tanam dan hasilnya akan pergi ke sekolah.



“Kita bukan macam BN yang nak umpan rakyat dengan duit. Macam tabur padi kepada ayam, kita bukan macam itu.



“Kita memang nak tolong rakyat betul-betul. Kita dah penat dulu, 50 tahun lebih dia perintah, dia buat rakyat macam tidak tahu apa-apa. Rakyat ini, ikut dia nak buat apa. Tapi sekarang rakyat sudah tunjuk sikap dan mahukan perubahan.



“Kita tunggu saja. Berapa hari lagi, berapa minggu, bila-bila masa pun tidak mengapa. Esok pun kita tetap lawan,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan