Lebih 500 Kunjungi Karnival UniKL 2012


Gambar: Petugas Karnival UniKL turut melawati khemah pameran SYM.

Kulim, Kedah-


Syarikat pengeluar motosikal jenama SYM (Sanyang Motor) telah mengadakan pameran selama sehari di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kulim sempena 'Karnival Auto 2012' kelmarin.

Pelbagai motosikal SYM turut di pamerkan, antaranya Mio 100, Bonus 110, Symphony 150SR, Vts 200 dan motosikal terbaru EBonus dan Joyride.

Lebih 100 orang pengunjung telah melawati pameran SYM untuk mengenali jenama SYM serta mengambil peluang untuk 'test ride' motosikal Mio 100, EBonus dan Joyrdie.


Gambar: Motosikal SYM.

Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pertandingan autoshow dan audio show, pameran oleh kelab-kelab kereta dan motosikal, demonstrasi kereta dan helikopter kawalan jauh, serta pameran akademik dan kerjaya.

Pelbagai aktiviti menarik lain yang turut diadakan adalah pertunjukkan drift kereta, basikal antik, kereta antik dan sebagainya.


Gambar: Pameran SYM di UniKL, Kulim.

Lebih lima ratus orang telah membanjiri UniKL yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar dan orang awam.

Peluang keemasan juga tidak dilepaskan oleh pihak UniKL untuk mengadakan pameran terbuka kemasukan UniKL bagi lepasan SPM dan STPM untuk sesi 2012.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan