PERTIGA: 13 Masjid Terima Sumbangan


Gambar: Ahli Pertiga bergambar kenangan.

Pulau Pinang-


Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) telah mengadakan konvoi ke beberapa masjid di Pulau Pinang.


Objektif konvoi adalah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada 13 buah masjid di sekitar kawasan pulau dan seberang perai.


lebih 100 buah kereta dan 300 buah motosikal telah melibatkan diri dalam aktiviti konvoi amal ini.


Setiap masjid yang dikunjungi juga turut menerima 20 naskah al-quran, 20 naskah surah yassin, 20 sejadah serta RM100 untuk tabung masjid.



Gambar: Pengasas Utama, Paduka Ayahanda Sabaruddin Ahmad menyampaikan ucapan ringkas.

Golongan miskin dan kurang berkemampuan juga turut menerima sumbangan daripada Pertiga yang merangkumi beras, gula, susu dan sebagainya.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pengasas Utama, Paduka Ayahanda Sabaruddin Ahmad kepada 10 orang setiap masjid.


Gambar: Ahli pertiga menyampaikan 20 naskah al-quran kepada wakil masjid
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan