Promosi

Promosi
Tukang Paip Disamun 3 'Polis'

Georgetown-
Seorang tukang paip bukan saja kerugian kira-kira RM7,000 tetapi turut dibelasah tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ketika meletakkan keretanya dekat rumahnya di Lorong Perkaka 2, Sungai Nibong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa yang berusia 34 tahun baru meletakkan keretanya untuk pulang ke rumah apabila tiba-tiba didatangi tiga lelaki tidak dikenali berusia 20-an dari arah belakang dan terus mengetuk cermin keretanya.

Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum seorang daripada mereka merampas kunci kereta dan menarik mangsa keluar dari kereta.

Timbalan Ketua Polis Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim, berkata mangsa dipukul menggunakan besi sehingga rebah sebelum suspek mengambil beg duit dan menarik rantai leher yang dipakai mangsa.

Beliau berkata, selepas mengambil barangan berharga mangsa, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Mangsa dibantu orang ramai yang membawanya ke Hospital Pulau Pinang.

Katanya, mangsa menerima lapan jahitan di kepala, tujuh pada muka, kaki dan dua jari tangan kanan patah.

“Beg duit mangsa mengandungi pelbagai barangan, termasuk kad pengenalan dan lesen memandu. Turut dilarikan wang tunai RM1,200 dan rantai emas RM6,000.

1 ulasan

  1. good blog..nice article publishing by you...appreciate on you...thanks for giving detail..
    Cadillac Seville AC Compressor

    BalasPadam