Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera Dihentikan Tujuh Hari


Pulau Pinang-

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan dihentikan sementara selama tujuh hari mulai 9 Jan depan bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Bahagian Perbadanan Bukit Bendera Anne Goh berkata operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu.

"Orang ramai atau pelawat boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Track Jeep dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki yang sedia ada untuk ke Bukit Bendera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web www.penanghill.gov.my bagi menyemak jadual dan sebarang perkembangan terkini mengenai perkhidmatan kereta api itu.

Oleh: Bernama

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan