Dibunuh Selepas Main Snuker

Butterworth-

Seorang lelaki hanya mampu melihat rakannya maut dibelasah sekumpulan lelaki berbangsa India dengan menggunakan kayu dan topi keledar di Jalan P Patto, Raja Uda, dekat sini, awal pagi semalam.


Kejadian berlaku jam 5 pagi selepas mangsa, M Jegathiswaran, 25, dan rakannya dalam perjalanan pulang selepas bermain snuker. Mereka menaiki kereta jenis Kia Rio sebelum dihalang sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik memasuki Jalan P Patto, dekat sini.


Kumpulan lelaki terbabit mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum membelasahnya dengan kayu dan topi keledar hingga cedera parah di muka dan kepala.


Bagaimanapun, rakan mangsa berusia 25 tahun tidak diapa-apakan, tetapi tidak dapat membantu mangsa kecuali melihat rakannya itu menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat pendarahan di kepala.


Rakan mangsa berkata, dia tidak tahu punca mangsa dibelasah kerana secara tiba-tiba kenderaan mereka dihalang kumpulan lelaki itu.


“Saya tidak berani melawan kerana mereka ramai dan diberi amaran tidak masuk campur,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan