Kemalangan Punca Sesak Di Jambatan Pulau Pinang



Butterworth-

Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih empat jam bermula jam 7 pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan dari tol Sungai Dua menghala ke Jambatan Pulau Pinang di sini ekoran kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal dan lori treler.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Abdul Rahim Md Din berkata, kemalangan di km 5.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau itu berlaku pada jam 6.50 pagi.

Katanya, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Azhar Pakwanteh, 52, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang treler itu yang membawa besi cerucuk.

"Mangsa yang bekerja kilang dalam perjalanan dari Lunas, Kedah ke tempat kerjanya di Bayan lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, akibat kemalangan itu, berlaku beberapa kemalangan kecil di jambatan itu menyebabkan kesesakan bertambah teruk. -Bernama

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan